Cara Untuk Tukar Tayar Kereta
Pijak pemutar skru ini dengan kaki sampai berbunyi 'kruk'. Untuk buka skru, mesti putar lawan arah jam. Longgarkan keempat-empat skru tapi jangan cabut lagi skru. Biarkan skru bersama tayar.
Masukkan jet di bawah kereta dan letakkan di bawah tetulang kereta.
Letakkan tayar spare di bawah tetulang kereta bersebelahan jet. Ini untuk tujuan keselamatan jika sekiranya jet terbalik, tayar berfungsi sebagai penyokong.
Buka skru tayar yang telah dilonggarkan tadi. Seterusnya cabut tayar yang pancit itu dan letakkan di bawah tetulang kereta.
Letakkan tayar spare di bahagian roda kereta. Pasangkan skru sehingga ia betul-betul ketat. Alihkan tayar asal dari bawah kereta dan turunkan jet.
Hantar kereta terus ke Kedai Tayar bagi menukar sumbu tayar yang rosak atau menampal tayar yang terkena paku. Mekanik akan memeriksa tayar anda. Jika sumbu rosak atau tayar terkena paku, kos baiki hanya sekitar RM5-10.