Bayaran Geran Khas Prihatin
(GKP) 4.0 sebanyak RM500 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat
dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula dibayar pada Selasa ini
(21 September 2021) bagi menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
mikro.
"Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November sebanyak RM500.
Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada
GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi
kewangan sebanyak RM500 juta.
"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.
"Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu
https://gkp.hasil.gov.my