Bayaran Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2
Kerajaan telah bersetuju memberikan bayaran tambahan BKM sebanyak RM50 dan RM100 kepada setiap penerima BKM Fasa 2 B40.
Jumlah yang akan diterima oleh penerima-penerima BKM Fasa 2 adalah seperti berikut:
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1- 2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM500
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1- 2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM500
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan RM0 – RM5,000
- Bayaran BKM Fasa 2: RM200
Terdapat dua kaedah pembayaran BKM, iaitu:
- Kredit ke akaun bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
- Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang
sama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
- Pembayaran BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.