Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan DG29
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP bagi jawatan-jawatan berikut:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29
Tempat Bertugas
Institusi - institusi Pendidikan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Syarat Permohonan
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Khusus Gred DG29
a) Diploma dalam bidang Perguruan;atau
b) Diploma dalam bidang berkaitan serta Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma
Syarat Khusus DG41
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan.
b) Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
c) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
d) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut jawatan PPP Gred DG29 dan DG41 seperti di pautan berikut: PPP Gred DG29 dan DG41
Borang Permohonan:
https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php