Resepi Gulai Ayam Terengganu


Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-Bahan

  • Ayam
  • Santan
  • Rempah Masak Cap Rose
  • Rempah Gulai Cap Rose
  • Cili Boh
  • Ubi Kentang
  • Gula Melaka
  • Asam Keping 
  • Kerisik
  • Garam 

Bahan Dikisar

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Kunyit Hidup
  • Halia
  • Lengkuas

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.

2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing.

3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu.

4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.  

5. Masukkan santan.

6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam.

7. Perlahankan api dan biarkan selama 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url