Duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental
Demikian situasi ringkas mengenai duck syndrome atau sindrom itik. Mereka Nampak tenang dan baik-baik sahaja di luar tetapi hakikatnya sedang berjuang keras untuk mengatasi berbagai masalah.
Istilah ini berasal dari analogi itik yang berenang di permukaan air. Jika dilihat dari atas permukaan air, itik kelihatan tenang dan anggun berenang, tetapi di dalam air, kakinya bekerja keras untuk bergerak maju kedepan.
Sindrom itik boleh dialami oleh siapa sahaja tetapi lebih sering terjadi kepada mereka di lingkungan kompetitif seperti pelajar, pekerja dan atlet.
Jangan pandang remeh perkara ini kerana sindrom itik boleh mencetuskan keadaan kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan atau gejala kesihatan mental yang lain.
Menurut PsychCentral, tanda dan gejala mungkin berbeza-beza, tetapi terdapat beberapa persamaan pada mereka yang mengalami sindrom itik seperti berikut:
- Suka bandingkan diri dengan orang lain
- Berasa orang lain lebih baik
- Merasakan diri sudah gagal memenuhi tuntutan hidup
- Takut diteliti atau dikritik
- Berasa seperti orang lain memanipulasi situasi untuk menguji prestasi anda
Sementara itu, Jururawat Terlatih dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Efsan Chan turut kongsikan ciri-ciri mereka yang mengalami duck syndrome seperti berikut:
- Nampak tenang dan baik-baik sahaja tetapi di dalamnya sangat tertekan
- Mengalami self-esteem yang sangat rendah
- Pernah mengalami traumatis dalam hidup
- Berusaha memenuhi standard sosial masyarakat sekeliling walaupun tidak berkemampuan contohnya, ingin rumah besar dan kereta mewah
- Boleh terjadi disebabkan oleh tuntutan kerjaya dan tekanan hidup
- Boleh berpunca daripada pengaruh media sosial
- Ingin kelihatan sempurna
Menguruskan sindrom itik mungkin agak mencabar kerana ia tidak terkenal. Tetapi terdapat beberapa langkah untuk membantu diri anda mengatasinya.
Kemurungan dan kebimbangan boleh berlaku akibat sindrom itik. Oleh itu, menguruskan sindrom itik mungkin ditangani dengan kaedah sama untuk merawat kemurungan dan kebimbangan (anxiety).
- Terapi
Terapi boleh membantu kesejahteraan keseluruhan. Oleh itu, tugas ahli terapi sangat penting untuk membantu anda mengatasi sindrom itik.
- Ubat
Antidepressants atau ubat anti-kebimbangan boleh membantu meringankan gejala yang berkaitan dengan sindrom itik.
Dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor sekiranya anda berhasrat untuk mengambil ubat tersebut.
- Sokongan emosi
Bagi pelajar pula, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kaunselor sekolah ataupun guru. Ceritakan tekanan atau kebimbangan yang dirasai.
- Bahagiakan diri
Cari cara untuk healing dan mencipta kebahagiaan sendiri tanpa membandingkan diri dan orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kerana manusia tidak sempurna.
Sumber : RELEVAN