Zakaria berkata, bagi mengelak lebih banyak haiwan mati pada musim panas, pasukan renjer meningkatkan kekerapan pemantauan terutama pada siang hari bagi memastikan bekalan air untuk haiwan di zoo berkenaan mencukupi.
Beliau berkata, hasrat menambah haiwan di zoo itu juga terpaksa ditangguh sementara waktu memandangkan cuaca panas masih berlarutan.
"Sejak dibuka 15 Julai tahun lalu, sambutan diterima daripada pengunjung amat menggalakkan dan zoo ini menjadi tarikan ekopelancongan yang menjana pendapatan sampingan untuk penduduk setempat dan negeri.
"Walaupun Rimba Razia terletak agak jauh iaitu kira-kira 50 kilometer dari Kuala Terengganu, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar negeri ini. Purata pengunjung pada musim cuti sekolah antara 800 hingga 1,000 orang sehari," katanya.
Beliau berkata, harga tiket dikenakan juga sangat rendah iaitu RM20 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas, selain pakej khas disediakan bagi rombongan sekolah dan berkumpulan.