Jenis-Jenis Kerja Dari Rumah 2024

 



1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.

2. Pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing)

Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?

3. Pembantu Maya Peribadi (Personal Virtual Assistant)

Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.

4. Pereka Grafik (Graphic Designer)

Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.

5. Pereka Animasi (Animator)

Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.

6. Tutor Online

Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.

7. Perniagaan Makanan

Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?

8. Dropship

Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.

9. Perkhidmatan Pelanggan

Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan juga talian internet yang kuat? Anda boleh cuba untuk memohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. Kerja ni pun dah boleh diuruskan dari rumah kalau anda dah tahu selok belok syarikat.

10. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)

Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.

11. Copywriter

Kerja ni sesuai untuk mereka yang pandai menjual melalui penulisan. Kiranya apa yang anda tulis tentang sesuatu produk / servis akan menarik perhatian prospek.

12. Pengurus Media Sosial

Sekarang ni semua perniagaan nak dapatkan tarikan di media sosial. Kalau anda hebat mengurus konten media sosial, inilah kerja sambilan yang boleh anda cuba. Dapat syarikat besar atau femes, boleh tahan bayarannya, tau!

13. Pengulas Produk (Product Review)

Siapa yang berpengaruh dan ramai pengikut (follower) di media sosial boleh ambil peluang untuk jadi pengluas produk berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh dapat.

14. Pengaturcara Komputer (Programmer)

Kadang-kadang satu bahasa programming seperti Ruby pun dah cukup untuk anda mendapatkan kerja sebagai programmer dalam talian. Sebagai pakar, anda boleh mendapat bayaran tinggi dan caj ikut jam.

15. Penterjemah (Translator)

Kalau anda fasih dalam dua bahasa atau lebih, kemungkinannya anda boleh dapatkan kerja untuk terjemah dalam bahasa tersebut. Di Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dah mencari penterjemah untuk laman web, artikel, dokumen dan pelbagai lagi.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url