Muzium Negeri Terengganu
Tempat ini ada kenangan tersendiri. Majlis resepsi sebelah lelaki diadakan di sini pada 24.12.12. Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu iaitu kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara. Sewa tempat untuk buat majlis di bawah bangunan utama itu tak mahal pun RM300 sahaja sehari. Kos sewa meja dan kerusi pula bergantung kepada bilangan unit yang kita nak ambil. Jadi, lebih kurang RM1,000 sahaja berbanding kalau kita menyewa dewan di luar. Kanopi dah tak perlu sewa. Katering kita boleh bawa masuk katering luar. Itu kos pada 2012, sekarang mungkin sudah naik.
Kalau ada yang berminat nak buat majlis kahwin atau program di sini saya sangat rekemen. Pegawai yang incharge pun sangat baik dan layanan staf muzium pun terbaik. Malam sebelum majlis, kita dibenarkan masuk ke kawasan muzium untuk buat persiapan.
Nak buat tempahan, datang ke pejabat pentadbiran dan cakap nak bertemu dengan pegawai yang incharge bahagian sewa bangunan. Lepas perbincangan, buat surat rasmi kepada pihak muzium. 2-3 hari selepas itu pihak muzium akan keluarkan surat tawaran. Kita perlu balas surat itu berserta bayaran sewa yang dipersetujui.
Kenapa saya buat majlis di sini? Sebab perkarangan muzium ini luas dan selesa untuk pengunjung. Parking pun banyak. Selepas majlis mereka boleh melawat kawasan muzium. Maklumlah, anak yatim piatu dah takde mak ayah, tak nak menyusahkan adik beradik yang lain.
Pakej katering pula saya ambil pakej jamuan kahwin dari POZI CATERING. Bos dia rakan sekampung saya yang dah banyak handle event yang besar2.