Panduan Ringkas Sujud Syukur

on Isnin, Julai 29, 2024

 


SUJUD SYUKUR

1.Niat Membaca

Sebelum melaksanakan sujud syukur, ada niat yang harus dibaca dalam hati sambil berdiri dalam keadaan sempurna menghadap kiblat.

نَوَيْتُ سُجودَ الشُكْرِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu sujudas syukri sunnatan lillahi ta’ala.

Ertinya: “Saya niat melakukan sujud syukur sunah kerana Allah Ta’ala.”

2.Melakukan Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram ialah rukun qauli (tiang dalam bentuk ucapan) yang dengannya seseorang masuk ke dalam rangkaian solat. “Allahuakhbar”

3.Lakukan Sujud Syukur Sekali

Lakukan gerakan sujud seperti biasa sekali.

4.Membaca Doa Sujud Syukur Ketika Posisi Sujud

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subhaanallohi walhamdulillaahi walaa ilaaha illalloohu walloohuakbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim.

Ertinya: “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.”

5.Duduk Antara Dua Sujud

Cara duduk di antara dua sujud ialah dengan membentangkan belakang kaki kiri di atas lantai dan duduk di atasnya. Kemudian kaki kanan diluruskan dan jari kaki menghadap kiblat.

6.Mengucapkan Salam

Ucapkan salam seperti di akhir solat. Salam dilakukan dengan menoleh ke kanan hingga pipi terlihat dari belakang. Kemudian, toleh ke kiri hingga pipi terlihat dari belakang, sambil mengucapkan:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.


Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

 
© ADHA ZAIN | Hakcipta Terpelihara 2009 - 2025
D.I.Y Themes ByBelajar SEO