biodata
personaliti
ustaz
Ustaz Amin
Ustaz Muhamad Al-Amin
Biodata Ustaz Amin
Muhamad bin Abdullah Al-Amin.
Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Kemudian ke UM di dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.
Selepas tamat di UM ke Maahad Ihsaniah Penang dan diiterima masuk ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil Diploma Profesional Kehakiman (DAIJ) di UIAM. Kemudian membuat Master di UM. Master kedua di UIAM.
Kini sedang menulis di peringkat Phd di UUM. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti Rusia. Bermula 2003, mula merantau ke negara Arab, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama' yang ditemui di Yaman, Syria, Lubnan, Turkey,Maghribi,Mesir dan lain-lain.
Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti Tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, Gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.
Facebook : https://www.facebook.com/ustazaminofficial
Blog : http://www.ustazamin.com/
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.