Panduan membaiki masalah Astro
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal sistem Astro lakukanlah perkara berikut sebelum menghubungi talian khidmat pelanggan Astro.
1. Kenal pasti ‘error message’ yang terpapar di skrin TV anda. Antara error yang sering berlaku ialah:
a. Service Currently Not Available (SCNA)
i. Ralat SCNA terbahagi kepada 2 masalah.
Masalah 1
- Terdapat symbol empat segi berwarna kuning di penjuru atas sebelah kanan screen TV:
Ralat ini bermakna decoder anda tidak menerima sebarang signal dari satellite. Tekan Menu – Satellite Signal. Anda akan dapati signal strange kosong (BER 2) BER ialah Bit Error Rate.
Punca masalah:
- Kemungkinan anda pernah ‘menyentuh/mengubah’ kedudukan dish (piring) Astro.
- Mungkin berlaku angin kencang yang mengubah kedudukan asal dish.
- Kemungkinan terkena panahan petir yang merosakkan LNB. LNB ialah alat yang digunakan untuk menerima signal dari satellite yang dipasang di hujung dish.
- Kemungkinan LNB terlalu lama dan usang (7/8 tahun) dan tidak mampu untuk berfungsi secara optimum.
- Kemungkinan panahan petir atau sumber elektrik yang tidak stabil telah merosakkan receiver di dalam decoder.
- Kemungkinan kabel terputus.
- Kemungkinan sambungan antara kabel dengan decoder longgar/tercabut.
- Sekiranya anda pernah membuka (unplug) pin pada hujung kabel, kemungkinan terjadi litar pintas di dalam cable.
Penyelesaian:
- Tukar dekoder anda sementara dengan dekoder kawan/saudara mara anda. Sekiranya dekoder yang anda pinjam berfungsi dengan baik, ini bermakna dekoder anda telah rosak (kemungkinan terkena kilat yang merosakkan receiver di dalam decoder). Tetapi sekiranya SCNA masih berlaku sila ikuti langkah seterusnya:
- Periksa hujung cable. Sekiranya anda pernah membuka/mengusik sambungan cable di belakang decoder, dicadangkan anda membuat sambungan baru dengan memotong hujung cable tersebut dan buat potongan baru seperti sebelum ini.
- Sekiranya anda yakin sambungan antara cable dengan dekoder baik, periksa pula keadaan fizikal keseluruhan cable Astro. Sekiranya didapati cable telah terputus di mana-mana bahagian, anda dinasihatkan untuk menggantikan dengan yang baru (keseluruhan). Tidak digalakkan untuk membuat penyambungan semula kerana kualiti signal akan terjejas.
- Tetapi sekiranya didapati cable hanya ‘terluka’, tutup tempat yang terdedah tersebut dengan tape.
- Sekiranya sambungan dan cable berkeadaan baik, periksa pula dish. Berhati2 semasa memanjat! Pastikan dish berada dalam kedudukan yang kemas dan tidak bergoyang2. Harus diambil perhatian, permukaan dish tidak boleh dilindungi oleh sebarang objek. Terutamanya alang pada cucur atap atau cucur atap itu sendiri. Sekiranya terdapat sebarang objek yang boleh mengganggu komunikasi LNB dengan satellite, sila alihkan.
“Sekiranya objek yang menghalang permukaan dish merupakan objek yang bergerak (seperti rimbunan daun) signal strange akan berubah2 sekiranya objek tersebut bergerak. Contohnya apa bila rimbunan daun ditiup angin, BER 0 akan berubah menjadi BER 1 (bar satellite signal akan berubah daripada hijau kepada kuning) dan keadaan ini akan berterusan. Ini bermakna ‘terkadang’ anda akan melihat simbol bulat berwarna kuning terpapar di sisi atas sebelah kanan screen TV anda dan kualiti gambar akan terjejas seperti anda sedang menonton CD pirate!
"Terdapat sesetengah kes (kebiasaannya rumah kampong), kayu alang yang menyokong dish reput (setelah beberapa lama) dan tidak mampu untuk menampung berat dish. Ini akan menyebabkan dish ‘jatuh’ (condong ke bawah/berubah kedudukan). Sekiranya perubahan tersebut ketara, SCNA akan berlaku.”
“Anda boleh mencari sendiri arah satellite dengan berpandukan matahari. Bayang matahari petang boleh membantu anda mencari arah dengan tepat tanpa menggunakan satelit meter.”
Masalah 2
Terdapat symbol bulat berwarna kuning di penjuru atas sebelah kanan screen TV :
- Ralat ini bermakna decoder anda menerima signal dari satellite, tetapi signal yang diterima terganggu (tidak optimum). Tekan Menu – Satellite Signal. Kelihatan bar signal berwarna kuning (BER 1) dan bertukar pula kepada warna merah (juga BER 1). Kadang kala bar tersebut bertukar kepada hijau (BER 0) dan kembali menjadi kuning dan merah dan keadaan tersebut berterusan atau mungkin terus berkedudukan BER 1 (bar kuning/merah).
“Keadaan ini tidak akan berubah menjadi baik, sebaliknya akan terus buruk dan akhirnya akan berlaku SCNA secara kekal.”
Punca masalah:
- Kemungkinan dish Astro anda tidak kemas atau bergoyang.
- Kemungkinan terdapat rimbunan daun menghalang komunikasi dengan satellite.
- Kemungkinan LNB telah lemah dan tidak mampu berfungsi dengan optimum.
- Kemungkinan receiver decoder lemah.
Penyelesaian:
- Tukar decoder anda dengan rakan/saudara mara untuk sementara. Sekiranya keadaan menjadi baik, ini bermakna receiver decoder telah lemah dan mesti ditukar dengan yang baru (sila hubungi Astro untuk membuat permohonan menukar dekoder)/
“Subscription agreement anda dengan Astro adalah 2 tahun (mungkin lebih tertakluk kepada perjanjian), tetapi tempoh jaminan decoder hanya 1 tahun sahaja. Bukan mengikut tempoh perjanjian.”
b. Please Insert Your Smart Card (PIYSC)
Ralat ini sangat jarang berlaku. Ia biasanya berlaku kepada decoder yang telah lama digunakan atau amalan memasukkan kad ke dalam slot secara kasar.
Punca masalah:
Masalah ini disebabkan oleh card reader yang terdapat dalam dekoder, tidak dapat membaca smart card anda.
Penyelesaian:
- Sila pastikan smartcard anda dimasukan dengan betul ke dalam slot Smartcard.
- Sekiranya smartcard anda tidak pernah dicabut setelah sekian lama, sila keluarkan kad tersebut dan bersihkan permukaan smartcard. Caranya amat mudah, anda cuma perlu menggunakan getah pemadam dan menggosokkan perlahan2 di atas chip. Kemudian cuba masukan kembali smartcard tadi perlahan2 sehingga habis dan restart decoder.
- Sekiranya langkah di atas gagal mengatasi masalah PIYSC, unplug decoder anda dan tanggalkan semua cable di belakang decoder.
c. Blank Screen / Tiada Audio
Maksudnya tiada visual di screen TV anda. Ia berkaitan dengan Audio Visual (AV) cable yang mempunyai 3 warna (Kuning , Putih dan Merah).
Punca masalah:
- Kemungkinan AV cable rosak (terputus dan dsb.).
- Kemungkinan AV cable longgar.
- Kemungkinan AV cable dipasang pada port yang salah di belakang TV (output).
- Kemungkinan motherboard (port IO) decoder rosak.
- Kemungkinan port IO pada TV rosak (pernah berlaku pada saya).
Penyelesaian:
- Periksa cable AV pada belakang dekoder dan belakang TV. Pastikan sambungan betul dan kemas. Sekiranya anda menggunakan cable S-Video, HDMI dan lain2, perlu pastikan juga perkara yang sama.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.