Portal MySiswaPlace platform pendigitalan perkhidmatan dan produk
Yayasan Perkasa Siswa (YPS) melancarkan sebuah platform baharu yang dikenali sebagai MySiswaPlace sebagai satu inisiatif ke arah digitalisasi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, portal berkenaan akan menjadi platform untuk pelajar mendapatkan segala maklumat berkaitan gaya hidup masa kini dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran di kampus sepanjang pengajian mereka.
“MySiswaPlace merupakan satu platform yang diwujudkan untuk membantu para pelajar umpamanya menyalurkan bantuan baucar buku, jadi kita akan segerakan supaya pemberian ini dapat diagihkan kepada mereka.
“YPS ini adalah hasil daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang kita adakan dan ia diwakili oleh mereka.
“Sumbangan yang masuk kerajaan dalam yayasan ini akan diagihkan kepada mahasiswa yang memerlukan termasuk mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan pembelaan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal MySiswaPlace di Putrajaya baru-baru ini.
YPS telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai penyelaras bagi Pemberian Inisiatif Baucar Buku Fasa Kedua 2024 dan bagi tujuan tersebut, YPS telah membangunkan platform MySiswaPlace.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.