Biodata Rozita Che Wan
Biodata Rozita Che Wan
Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
Panggilan: Rozita Che Wan
Tarikh Lahir: 9 Mac 1971
Asal: Alor Setar, Kedah
Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan model
Anak: Ammar Effendy, dan Aniq Ezzra.
Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.