Bank Islam perkenal Kad Debit-i Be U Visa
Bank Islam Malaysia Bhd memperkenalkan Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa, langkah penting bagi memajukan pendigitalan sektor kewangan dan mengukuhkan kedudukannya di arena perbankan digital.
Selain menyediakan transaksi yang pantas, selamat dan tanpa sentuhan di lebih 100 juta lokasi pedagang Visa di seluruh dunia, Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.
Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam, Noor Farilla Abdullah, berkata kad itu melambangkan kecekapan, pilihan dan kawalan yang memenuhi permintaan pasaran hari ini, selain mencerminkan dedikasi Bank Islam untuk menawarkan penyelesaian patuh Shariah terkini yang sesuai dengan gaya hidup moden.
"Pelanggan hari ini bukan sekadar mencari tawaran perbankan berasaskan transaksi. Mereka menuntut pengalaman yang menjadikan pengurusan kewangan kendiri yang mudah.
"Melalui Kad Debit-i Be U by Bank Islam, pemegang kad boleh memantau kewangan mereka melalui penjejak perbelanjaan tersedia dalam aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam.
Menerusi Kad Debit-i Be U by Bank Islam, pemegang kad juga boleh mengurus dan menetapkan kawalan kad mereka dengan mudah melalui aplikasi terbabit.
Ia termasuk membeku dan membenarkan semula penggunaan kad, menukar PIN serta menentukan tetapan keselamatan dan had mengikut pilihan mereka.
Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa menawarkan lima reka bentuk menarik sebagai pilihan, sekali gus menyerlahkan keperibadian pelanggan.
Permohonan kad itu boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi Be U, sebelum ia akan dihantar ke rumah pelanggan dalam hanya beberapa hari bekerja selepas permohonan diterima.
Noor Farilla berkata, Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa memperluas dan melengkapkan matlamat tumpuan kepada pelanggan menerusi penyediaan produk yang memuaskan hati dan mengatasi jangkaan mereka.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.