Cara Buka Akaun KWSP Secara Online

 


Cara membuka akaun KWSP secara atas talian

Berita baik! Anda boleh mendaftar dan membuka akaun KWSP dengan lebih mudah dan pantas melalui aplikasi KWSP i-Akaun.  

Langkah 1: Sediakan MyKad atau MyPR dan pastikan anda berada di kawasan yang selamat dan terang. 
Langkah 2: Buka aplikasi KWSP i-Akaun. 
Langkah 3: Tekan menu ‘Belum ada akaun KWSP’.  
Langkah 4: Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan pada skrin sehingga pendaftaran anda berjaya. 
Langkah 5: Setelah anda berjaya membuka akaun KWSP, anda boleh terus ke pengaktifan i-Akaun. 

Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan i-Akaun?
Setelah anda berjaya mendaftar dan membuka akaun KWSP, langkah seterusnya ialah untuk mengaktifkan i-Akaun anda. 
Langkah 1: Tetapkan ID Pengguna, Kata Laluan, Frasa Rahsia dan pilih Imej Keselamatan anda.  
Langkah 2: Tekan ‘Setuju’ kepada terma dan syarat, dan pengaktifan anda selesai.  
Dengan hanya mengikut dua langkah di atas, anda boleh mengakses semua fungsi yang tersedia! Dengan mengaktifkan i-Akaun, anda boleh memantau simpanan anda bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. 

Anda boleh muat turun aplikasi KWSP i-Akaun di Google Play Store, Apple Store atau Huawei App Gallery
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url