Kuala Terengganu muncul sebagai destinasi paling berpatutan di Malaysia untuk tempoh perjalanan akan datang, dengan kadar bilik purata RM213 satu malam, demikian menurut platform pelancongan digital Agoda
Pertama kali tersenarai dalam kedudukan ini, bandar tepi pantai ini berjaya memintas Kuching, yang sebelum ini memegang gelaran itu bagi tempoh April-Mei 2024 dan musim cuti hujung tahun.
Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Fabian Teja, berkata April dan Mei merupakan musim puncak bagi pelancongan di Asia, dengan cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, Minggu Emas di Jepun, dan Songkran di Thailand meningkatkan permintaan.
Namun, katanya pelancong tidak perlu bimbang kerana Agoda menawarkan pelbagai pilihan penginapan, penerbangan, dan aktiviti dengan nilai yang hebat.
Sumber : Berita Harian
0 Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.