Astro Fibre WiFi Kencang!

 

 


Walaupun guna Astro Fibre, apabila ada masalah berkaitan dengan kabel samaada kabel putus atau port bermasalah tetap juruteknik TM yang datang. Juruteknik Astro hanya akan pantau dan urus Router Astro sahaja (kiri). 


Yang bagusnya, walaupun kita langgan ISP yang berbeza dengan TM, tiada bayaran dikenakan untuk pembaikian kecuali jika modem (kanan) rosak selepas tempoh waranti. Itupun ada pilihan untuk kontrak disambung jika ingin menukar modem baru secara percuma. 


Di Terengganu, selain TM Unifi, anda ada pilihan untuk melanggan Astro Fibre. Setakat ini ISP lain seperti CelcomDigi Fibre, Maxis Fibre dan TIME Fibre belum meluas lagi. Hanya meliputi Pusat Bandar sahaja. Kesemua ISP ini menggunakan infrastruktur dan kabel TM. 


Sepanjang 3 tahun lebih kami guna Astro Fibre, server WIFI Kencang memang cemerlang. Kebanyakan masalah hanya melibatkan kabel dan port di luar rumah. Kabel putus disebabkan pokok, digigit tupai dan port ada sarang semut. Talian internet Astro Fibre jarang bermasalah.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url