Sejarah Hentian Bas MBKT

 


SEJARAH HENTIAN BAS MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)

Hentian Bas lama untuk Kuala Terengganu terletak di hadapan Bangunan PB Square (bangunan coklat). Sementara Bas Ekspres pula di Hentian Bas Tanjung. Sekarang ini semua operasi Bas Domestik dan Bas Ekspres beroperasi di Hentian Bas MBKT ini.

Hentian Bas MBKT ini dibina di atas tapak penjara lama Terengganu era kolonial British. Sebelah hentian bas itu masih ada nama Jalan Jail. Ada sebuah kedai mee goreng tersedap di Kuala Terengganu dekat Jalan Jail itu.

Di hadapan Kaunter Tiket Bas tu (dulu adalah tempat Bas Mini) lokasi tempat gantung banduan akhir. Sekitar 1960an Penjara Terengganu ditutup dan semua banduan dipindahkan ke Penjara Kelantan.

Penjara Terbuka Marang yang ada sekarang adalah penjara moden yang dibina pada tahun 1981 khas untuk pesalah kes ringan menggunakan konsep penjara terbuka di mana banduan boleh bekerja di luar penjara.

Terminal Bas Baharu yang lebih moden seperti TBS dan TBG akan dibina di Bandar Baharu Bukit Besar (BBBB).

Foto - Mohd Norisan Channel


Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.