Izzatul Musfirah, bintang pecut
Sebelum ini nama pelari pecut wanita Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira tidak begitu dikenali dalam kalangan peminat sukan olahraga kebangsaan.
Namun selepas mencipta sensasi memecah empat rekod dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Perlis Bawah 18 Tahun (B-18) serta meraih empat pingat emas pada minggu lalu, namanya kini kian meniti dibibir peminat olahraga negara.
Tambah mengenalinya apabila anak ketiga daripada empat beradik itu turut dinobatkan sebagai Olahragawati MSSM 2025 serta muncul peserta perempuan B18 terbaik walaupun usianya baharu 17 tahun.
Terdahulu pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu itu memecah rekod kejohanan dalam acara 100 meter (m), 200m, 4x100m dan 4x400m.
Sumber Kau