Cara Beli Nombor Pin UPU Di Mesin ATM BSN




Pemohon UPU bagi sesi akademik 2024/2025 perlu membeli nombor pin unik ID UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia. Sekiranya anda tidak tahu, hari ini penulis kongsikan cara beli pin UPU di BSN menggunakan mesin ATM.

Harga untuk nombor pin hanya RM10.60 dan penjualan sudah bermula hari ini (29 Februari) sehingga 8 Jun 2024.

CARA BELI PIN UPU DI MESIN ATM BSN

1. Masukkan kad bank ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor pin.

2. Kemudian, pilih urusan ‘Beli Pin’ yang tentera di skrin mesin.

3. Seterus pilih jenis permohonan. Sekiranya untuk UPU, boleh tekan IPTA.

4. Pilih jenis program lepasan mengikut ketetapan seperti SPM, STPM dan sebagainya.

5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan tekan ‘Ya’.6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik ‘Setuju’  untuk meneruskan urusan.

7. Akhir sekali simpan resit yang dicetak nombor pin UPU untuk kegunaan masa hadapan.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url