Puasa Hari Arafah 2024 Di Malaysia jatuh pada 16 Jun

 



Puasa Hari Arafah 2024 bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada hari Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim menjelaskan bahawa penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing.

Tambahnya lagi, umat Islam yang tidak berpeluang mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihan dikurniakan oleh Allah SWT.

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya.

Beliau juga mengalakkan umat Islam sentiasa memperbanyakkan ibadat dan doa pada 9 Zulhijjah ini kerana ia merupakan Hari Wukuf di Arafah, Mekah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan,” tambahnya.

Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak keliru dan berdoa pada waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia.

Seperti mana kita tahu, antara keistimewaan Hari Arafah adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

NIAT PUASA HARI ARAFAH

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

Nawaitu Shauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url