easycover.my platform penyelesaian urusan insurans digital pertama

 


VKA Wealth Planners Sdn Bhd, syarikat khidmat kewangan, melancarkan easycover.my iaitu platform insurtech inovatif yang akan merevolusikan cara perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Easycover.my adalah platform digital pertama yang menawarkan penyelesaian pengurusan insurans yang lancar untuk faedah pekerja secara dalam talian bagi memenuhi keperluan perniagaan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Javern Lim, berkata inspirasi untuk pelancaran easycover.my secara langsung ini dipengaruhi oleh Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022 sehingga 2026, yang bertujuan untuk memajukan digitalisasi sektor kewangan dan meningkatkan dinamisme sektor insurans dan takaful.

"Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk menyumbang kepada manfaat sosial dan ekonomi jangka panjang untuk Malaysia dengan memupuk inklusi, memacu persaingan inovatif, dan meningkatkan kecekapan operasi.

"Di Malaysia, lebih daripada 90 peratus syarikat adalah usahawan kecil dan mikro di mana segmen yang kebanyakannya tidak mendapat perkhidmatan yang memadai oleh model insurans tradisional, terutamanya dalam hal faedah pekerja.

"Aplikasi easycover.my direka khusus untuk mengatasi halangan tradisional akses insurans, dengan menyasarkan PKS yang sering tidak mendapat perkhidmatan yang mencukupi

akibat sekatan bilangan pekerja," katanya semasa Majlis Pelancaran easycover.my, semalam.

Lim berkata, dengan menurunkan ambang kelayakan kepada hanya tiga pekerja, aplikasi ini membolehkan lebih banyak perniagaan untuk mendapatkan perlindungan insurans faedah pekerja yang menyeluruh, sekali gus meningkatkan perlindungan kewangan dan mempromosikan kelestarian perniagaan.

"Aplikasi easycover.my merevolusikan pengurusan insurans faedah pekerja dengan menyediakan beberapa ciri utama seperti kemudahan akses untuk perniagaan kecil untuk menyokong perniagaan dengan serendah tiga pekerja dan pengurusan insurans yang sempurna dengan menawarkan platform yang terintegrasi dan mesra pengguna untuk semua proses berkaitan insurans.

"Selain itu, penyelesaian sumber manusia bagi meningkatkan kemampuan sumber manusia dengan carauntuk mengurus faedah, cuti, dan tuntutan serta penyelesaian insurans berpandukan pakar untuk menyampaikan nasihat yang disesuaikan dalam memastikan perniagaan mendapat perlindungan yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata, pelancaran easycover.my dijangka akan memperluas liputan insurans faedah pekerja dalam sektor PKS Malaysia, meningkatkan keselamatan kewangan dan mempromosikan ketahanan perniagaan di mana pendekatan inovatif ini direka untuk melayani segmen pasaran yang sebelumnya kurang dilayan atau tidak dilayan.

Ia juga adalah untuk memperluas skop dengan ciri tambahan seperti insurans motor di mana pengguna boleh meneroka pelbagai pilihan insurans kereta dengan harga yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka, dari perlindungan menyeluruh hingga perlindungan asas.

"Ciri unik perkhidmatan kami adalah kemampuan untuk membandingkan harga, menyimpan polisi insurans dengan selamat dan mengakses talian kecemasan serta memastikan bantuan segera apabila diperlukan.

"Pendaftaran Skim Persaraan Swasta (PRS) juga akan memudahkan matlamat simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan membolehkan pengguna mendaftar dalam PRS untuk menyokong usaha perancangan kewangan mereka di mana penyelesaian kami mengoptimumkan pendapatan perniagaan dengan melabur secara strategik dalam dana pasaran wang dan bon jangka pendek serta menawarkan pendekatan seimbang antara keselamatan dan pulangan," katanya.

Layari www.easycover.my

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url