Amin Idris (lahir 4 April 1981) merupakan seorang pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan. Selain itu, beliau juga telah mengarang beberapa buku yang kebanyakkannya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.
Amin Idris dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Ayahnya berbangsa India dan Iban, manakala ibunya pula berbangsa Siam, Cina dan Filipina. Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama.
Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan di TV2 pada tahun 2005 hingga 2007, mengacara siaran langsung Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2007, 2008 dan 2009, juga penyampai rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM dan klip motivasi bahasa Inggeris di TraXX FM.
Sebagai pengacara televisyen, beliau telah mengacarakan beberapa rancangan TV di TV AlHijrah termasuk Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti sejak 2010 hingga 2016. Kemudian mengacara rancangan Salam Duha di Astro Oasis.
Amin mula dikenali umum semasa mengacarakan rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang bersiaran di Astro Oasis sejak 2016 hingga kini. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Selain itu, Amin juga mengemudi rancangan TV khas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Borak Dulu Baru Buka sejak 2021.
Amin juga berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian apabila merakamkan semula lagu "Fikirkan Boleh", nyanyian asal kumpulan Metropolitan dengan diberi nafas baharu.
Dipetik dari Ohmymedia.cc
Amin Idris masuk Islam
Berkongsi kisah pada awal penghijrahan, pengacara berusia 42 tahun itu berkata, dia dan ibunya kurang pengetahuan asas dalam agama Islam.
Malah, ibunya juga tidak tahu mendidiknya sebagai seorang muslim yang sempurna sehingga menyebabkan dia belajar daripada kawan-kawan.
Bagaimananapun, dia meluahkan rasa syukur kerana ibunya memintanya untuk masuk ke sekolah agama bagi mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
“Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.
“Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan,”kongsi Amin Idris.
Terkebil-kecil ambil wuduk, orang masjid ketawa
Berkongsi lanjut, Amin turut mengaku dia tidak tahu cara untuk mengambil wuduk dan pernah diketawakan orang ramai semasa menunaikan solat.
Amin berkata, dia terpaksa ‘meniru’ orang di sebelahnya ketika mengambil wuduk kerana pada ketika itu dia sendiri tidak tahu.
“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.
“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,”katanya.
Penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris mendedahkan dia adalah seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk agama Islam pada usia 4 tahun.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah segmen bersama sebuah stesen radio swasta tempatan, Molek FM, baru-baru ini.
Amin Idris masuk Islam
Berkongsi kisah pada awal penghijrahan, pengacara berusia 42 tahun itu berkata, dia dan ibunya kurang pengetahuan asas dalam agama Islam.
Malah, ibunya juga tidak tahu mendidiknya sebagai seorang muslim yang sempurna sehingga menyebabkan dia belajar daripada kawan-kawan.
“Saya masuk islam masa umur empat tahun. Mak pula tiada ilmu agama yang kuat, jadi cara dia didik anak tu pun, dia tak tahu nak ajar macam mana.
“Jadi, saya betul-betul ikut kawan,”katanya.
Bagaimananapun, dia meluahkan rasa syukur kerana ibunya memintanya untuk masuk ke sekolah agama bagi mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
“Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.
“Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan,”kongsi Amin Idris.
Terkebil-kecil ambil wuduk, orang masjid ketawa
Berkongsi lanjut, Amin turut mengaku dia tidak tahu cara untuk mengambil wuduk dan pernah diketawakan orang ramai semasa menunaikan solat.
Amin berkata, dia terpaksa ‘meniru’ orang di sebelahnya ketika mengambil wuduk kerana pada ketika itu dia sendiri tidak tahu.
“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.
“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,”katanya.
Amin turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendalami ilmu agama ketika di bangku sekolah dan universiti.
Akuinya, dia memang jahil tapi semuanya dapat diatasi dengan berkat pergi ke usrah.
Bagaimanapun, Amin menzahirkan rasa syukur apabila dia berpeluang untuk mempelajari ilmu agama ketika di bangku sekolah dan di universiti.
“Memang jahil, tapi berkat usrah, pergi sekolah agama dan belajar asas agama jadi Alhamdulillah hari ini sedikit sebanyak adalah pengetahuan. Masuk pula ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sempat juga berguru dan mengaji hadis,”luahnya.
Baru tahu mualaf
Rata-rata warganet terkejut dan tidak sangka pengacara yang dikenali Bro Amin itu pada asalnya penganut agama Kristian.