Cara mengatasi berat badan tak turun-turun

 


Apa itu weight-loss plateau?

Bahasa mudahnya, berat badan anda tidak berubah. Tidak kiralah seketat mana diet yang diamalkan dan sekerap mana anda bersenam, weight-loss plateau ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

Namun, jangan risau. Ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk bebaskan diri daripada weight-loss plateau.

Cara mudah untuk bebas daripada weight-loss plateau

  1. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Dah kurangkan karbohidrat sebelum ini? Kurangkan lagi. Kalau sebelum ini makan nasi sekali satu hari, kurangkan dari segi saiz hidangan.

Tetapi, sama ada pengurangan karbohidrat dapat membakar lebih banyak kalori masih terus diperdebatkan dalam kalangan pakar makanan dan obesiti. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti bahawa pengamalan diet rendah karbohidrat boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Ini boleh menyebabkan anda secara tidak sedar makan lebih sedikit dan mendorong kepada penurunan berat badan tanpa rasa terseksa.

  1. Lakukan senaman dengan lebih kerap atau berintensiti tinggi

Kadar metabolisme badan menjadi perlahan apabila berat badan kita menurun. Apabila kadar metabolisme menurun secara progresif, lebih sukar untuk kita terus menurunkan berat badan.

Walau bagaimanapun, senaman terbukti mampu mengatasi masalah ini.

Penyelidikan mencadangkan latihan aerobik berkesan untuk menurunkan berat badan, paras lemak dan lemak degil di bahagian perut. 

Latihan rintangan (resistance) juga ada banyak kelebihan. Jika digabungkan kedua-duanya, mungkin lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan.

  1. Rekodkan setiap makanan yang diambil

Ramai antara kita ambil mudah atau terlepas pandang dalam setiap makanan yang diambil, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Itulah sebabnya merekodkan setiap kalori, protein, lemak dan karbohidrat yang diambil boleh memberikan maklumat konkrit tentang makanan yang dimakan. Ini akan memudahkan anda untuk mengubah suai diet jika perlu.

  1. Kawal stres

Adakalanya, stres boleh menjadi penghalang untuk anda turun berat badan. 

Stres boleh menyebabkan anda makan berlebihan atau langgar pantang larang diet. Selain itu, stres juga akan membuatkan badan meningkatkan penghasilan kortisol, iaitu hormon yang dirembeskan apabila kita tertekan. 

Berita buruknya, hormon kortisol menyebabkan lemak yang terkumpul di bahagian perut meningkat. 

Jadi, penghasilan kortisol yang berlebihan akan menyukarkan penurunan berat badan. Cuba belajar menguruskan tekanan agar ia boleh membantu menggalakkan penurunan berat badan. 

Ada banyak cara yang boleh dilakukan mengikut minat dan cara masing-masing. Antaranya ialah aktiviti fizikal yang seronok, bersiar-siar, membaca atau mendengar lagu.

  1. Tingkatkan pengambilan serat

Dengan meningkatkan pengambilan serat, masalah weight-loss plateau boleh diatasi, terutamanya jika anda mengambil serat yang boleh dilarutkan dalam air atau dalam bentuk cecair. 

Serat larut boleh melambatkan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman dan membantu anda berasa kenyang serta melambatkan rasa lapar.

Satu lagi cara serat boleh membantu penurunan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori yang diserap daripada makanan lain.

Antara makanan yang mengandungi serat larut ialah ubi keledek, brokoli, lobak merah, avokado dan sebagainya. 


Sumber : RELEVAN

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url