Bagaimana reCAPTCHA ‘saya bukan robot’ berfungsi?

on Khamis, Ogos 01, 2024

Pernahkah anda terjumpa kotak ‘saya bukan robot’ (I am not a robot) ketika melayari internet? Selalunya, kotak ini akan muncul ketika anda ingin log masuk laman tertentu yang berkemungkinan besar turut menyimpan maklumat peribadi.

Ujian yang nampak mudah ini adalah sejenis CAPTCHA (Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart) yang dipasang pada laman sesawang sebagai satu lapisan keselamatan tambahan bagi membezakan tindak tanduk manusia dengan robot.

Dalam dunia teknologi serba canggih ini, ada kemungkinan bahawa anda, atau pembaca lain sebenarnya adalah bot-bot jahat yang boleh ditemui dengan meluas di serata internet.

Bot-bot ini digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, bot yang canggih boleh membuka ribuan akaun media sosial palsu baharu dalam masa satu minit.

Malah, ia juga boleh digunakan oleh individu tertentu (misalnya scalpers) untuk membeli tiket konsert secara pukal dan menjualnya kembali dengan harga yang lebih tinggi.

Selain itu, bot juga boleh digunakan penggodam untuk melancarkan serangan DDos (Distributed Denial of Service) yang berupaya melumpuhkan bank dan juga laman sesawang kerajaan.

CAPTCHA pertama kali dicipta pada 1997 dengan tujuan menapis serangan bot-bot jahat. Selalunya, CAPTCHA dipasang pada halaman log masuk untuk mengelakkan sebarang kecurian informasi.

Bagaimanapun, tidak sukar untuk melepasi ujian CAPTCHA. Selalunya, anda diminta untuk klik ‘tidak’ atau tekan kotak-kotak yang mempunyai gambar kereta, basikal atau papan tanda.

Namun, usai menyelesaikan ujian tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya: benarkah robot tidak boleh selesaikan CAPTCHA yang sebegini mudah?

Robot lebih pintar daripada manusia

Sebenarnya, robot boleh menyelesaikan ujian CAPTCHA dengan sangat mudah dan lebih pantas daripada manusia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti California, bot yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) lebih efisien.

Malah, mereka mendapati, bot tersebut mempunyai ketepatan sebanyak 99.8 peratus berbanding manusia dengan ketepatan sekitar 54 hingga 84 peratus.

Namun, ada sains di sebalik CAPTCHA yang membuatkan bot-bot jahat ini sukar untuk lolos.

CAPTCHA dapat kesan tingkah laku rawak manusia

Apa beza CAPTCHA dan reCAPTCHA? Menurut Cloudfare, reCAPTCHA lebih kompleks.

Kotak ‘saya bukan robot’ merupakan sejenis reCAPTCHA yang disediakan secara percuma oleh Google sebagai pengganti CAPTCHA biasa. Ia dibangunkan oleh pakar dari Universiti Carnegie Mellon sebelum dibeli oleh Google pada 2009.

Ada beberapa jenis reCAPTCHA yang digunakan secara meluas. Salah satunya adalah  reCAPTCHA menggunakan gambar sebenar; misalnya gambar kereta, jalan atau tulisan dari buku atau surat khabar lama. Kita perlu klik dan pilih gambar yang betul berdasarkan arahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

ARTIKEL BERKAITAN: Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

CAPTCHA dapat kesan tingkah laku rawak manusia

Apa beza CAPTCHA dan reCAPTCHA? Menurut Cloudfare, reCAPTCHA lebih kompleks.

Kotak ‘saya bukan robot’ merupakan sejenis reCAPTCHA yang disediakan secara percuma oleh Google sebagai pengganti CAPTCHA biasa. Ia dibangunkan oleh pakar dari Universiti Carnegie Mellon sebelum dibeli oleh Google pada 2009.

Ada beberapa jenis reCAPTCHA yang digunakan secara meluas. Salah satunya adalah  reCAPTCHA menggunakan gambar sebenar; misalnya gambar kereta, jalan atau tulisan dari buku atau surat khabar lama. Kita perlu klik dan pilih gambar yang betul berdasarkan arahan.

Sumber : RELEVAN

Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

© ADHA ZAIN | Hakcipta Terpelihara 2009 - 2025
D.I.Y Themes ByBelajar SEO