Populasi bukan warganegara dianggar 10%, tertinggi dalam 5 tahun
KOMPOSISI penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan meningkat kepada 10 peratus pada 2024 berbanding 8.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, komposisi tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak lima tahun lalu, menghampiri paras semasa sebelum pandemik (2017 hingga 2018).
Kata beliau, peningkatan tersebut adalah kesan daripada pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022.
“Di samping itu, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) telah dilaksanakan bermula November 2020.
“Ini diikuti RTK 2.0 yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023, menyumbang kepada peningkatan bilangan bukan warganegara di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 31 Julai.
Menurut Mohd. Uzir, jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023, meningkat pada kadar 1.9 peratus.
Kata beliau, penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan, iaitu 0.7 peratus berbanding 0.8 peratus pada tahun sebelumnya.
“Penduduk bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 13.6 peratus pada 2024 berbanding 17.1 peratus pada 2023,” katanya.
Populasi negeri
Dari segi negeri, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor mencatatkan kadar pertumbuhan yang melebihi kadar nasional, masing-masing dengan 4.0 peratus, 3.0 peratus, 2.1 peratus dan 1.9 peratus.
Jelas Mohd. Uzir, terdapat tiga negeri yang mencatatkan peratusan komposisi penduduk tertinggi pada 2024, iaitu Selangor (21.6 peratus), Johor (12.3 peratus) dan Sabah (11.0 peratus).
Sebaliknya, kata beliau, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan peratusan komposisi penduduk terendah, masing-masing pada 0.3 peratus dan 0.4 peratus.
Pecahan umur
Dari segi umur, komposisi penduduk berumur kosong hingga 14 tahun (umur muda) pada 2024 menurun kepada 22.2 peratus berbanding 22.7 peratus pada 2023.
“Sebaliknya, komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.9 peratus pada 2023 kepada 70.1 peratus pada 2024.
Sumber : RELEVAN
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.