Resepi Asam Pedas Ayam Sedap

 


Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili kering yang besar – direbus dahulu atau cili boh
  • Sedikit belacan
  • Sedikit lada hitam
  • Air secukupnya

Bahan untuk menumis:

  • Minyak
  • Bahan kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Ayam 1 ekor
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 batang bunga kantan
  • 5 helai daun limau purut – dibuang tulangnya
  • 1 ikat daun kesum – dibuang batang
  • 1 biji buah tomato – dipoting

Cara memasak:

  1. Panaskan periuk, tuangkan sedikit minyak.
  2. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Masak sehingga pecah minyak. Bila sudah pecah minyak, tambah sedikit air. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
  4. Seterusnya masukkan ayam satu persatu.
  5. Kacau-kacau sedikit dan tutup periuk. Biarkan seketika.
  6. Bila ayam sudah separuh masak, masukkan gula, garam dan serbuk pasti sedap perasa. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut.
  8. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato.
  9. Apabila kuah sudah mendidih, sesuaikan rasa dan kacau sehingga sebati. 
  10. Hidangkan apabila ayam sudah masak.resepi, 

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.