Resepi Nasi Minyak Sedap




RESEPI NASI MINYAK

Boleh guna beras Bashmathi atau beras biasa
Bawang kecil merah - 7 biji
Bawang putih - 6 ulas
Halia sebesar ibu jari
* Dihiris nipis semuanya.
Gajus & kismis (pilihan)
Minyak sapi
Margerin
Daun pandan
Susu cair
Oren Sunquick
4 sekawan (bunga lawan, bunga cengkih, kayu manis)


CARA MEMASAK

Panaskan kuali, masukkan minyak sapi 1 sudu makan, minyak masak 1 sudu makan, masukkan 4 sekawan baik ke dalam kuali, masukkan kesemua bawang yang dihiris nipis tadi bersama sehelai daun pandan, masak sehingga kekuningan semuanya.

Langkah seterusnya, masukkan susu cair separuh dari 1 tin tu, kemudian masukkan oren sunquick 1 sudu makan, tujuannya untuk bagi nasi berbau haram dan bertambah sedap. Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan beras 4 pot yang sudah dibasuh bersih. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam periuk nasi dan masukkan air untuk dimasak.

Titik pewarna untuk nampak lebih menarik.

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.