Sambutan 100 Tahun Pameran MAHA 2024
Dengan tema MAHA pada tahun ini, “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom” atau dalam bahasa “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, tema ini membawa maksud bagi meraih masa depan pertanian yang lebih maju dan inovatif.
MAHA 2024 akan menyaksikan pameran terbesar teknologi baharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baru sektor agrikultur Malaysia.
Antara teknologi yang akan diberi penekanan pada MAHA kali ini bagi sektor perikanan ialah memperkenalkan teknologi akuakultur moden yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk perikanan.
Sasaran penganjuran MAHA pada tahun ini ialah sebanyak tiga (3) juta pengunjung sepanjang tempoh pameran.