Seterika stim mudah alih Panasonic
Panasonic Malaysia Sdn Bhd melancarkan seterika stim mudah alih terbaharu keluaran syarikat itu sebagai usaha mereka dalam membantu pengguna mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.
Menampilkan dua model progresif iaitu NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK, seterika stim mudah alih ini direka khas dengan memfokuskan kepada penggunaan wap pintar serta reka bentuk minimalis.
Direka bagi membantu melancarkan rutin harian pengguna, seterika stim mudah alih baharu Panasonic ini sesuai digunakan oleh mereka dengan jadual yang sibuk, penggemar fesyen yang kerap mengembara dan pelajar yang on-the-go.
Seterika stim mudah alih NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK ini mampu menggosok pakaian anda secara mudah dengan usaha yang minimum dan kemudahan maksimum.
Kedua-dua seterika stim mudah alih ini juga ringan dan kompak dengan model NI-GHF025WSK memiliki berat 600g dengan tempat simpanan air 120ml, sementara model NI-GHD015WSK pula hanya seberat 530g dengan tempat simpanan air 70ml.
Uniknya, NI-GHF025WSK adalah model boleh lipat yang menampilkan Titanium Soleplate, teknologi wap inovatif yang menawarkan langkah menggosok dua hala iaitu stim dan kering.
Bagi mereka yang memiliki pakaian yang sukar diseterika, model NI-GHD015WSK adalah pilihan terbaik kerana ia didatangkan dengan panel Plastotype, yang dilengkapi wap berkuasa di mana pengguna tidak perlu bergantung kepada tapak seterika yang terlalu panas dan boleh merosakkan pakaian.
Lebih menarik, kedua-dua model ini menawarkan Rapid Start-Up yang membolehkan pengguna menggosok pakaian dalam masa hanya 30 saat untuk model NI-GHF025WSK dan 20 saat untuk model NI-GHD015WSK.
Kuasa wap 1300W sehingga 21g/minit ini mampu menghilangkan kedutan dalam masa yang singkat.
Seterika stim mudah alih baharu Panasonic ini boleh mula didapati di semua kedai rasmi dalam talian dan fizikal serta pengedar rasmi Panasonic.
Harga disyorkan bagi model NI-GHF025WSK ialah RM299, manakala model NI-GHD015WSK berharga RM179.
https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliance/iron/garment-steamer.html
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.