Semasa belajar di KUSZA dari 1994-1997, saya telah mengenali beliau. Kami sentiasa bertemu di Musolla (Surau) di Blok Kediaman Khalid KUSZA. Beliau seorang yang peramah dan merendah diri. Sentiasa bercakap dengan tutur kata yang lembut dan mesra.
Biodata Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah
Pendidikan beliau bermula di Pondok Moden Markas Pengajian Islam (MARPA) di Terengganu, Madrasah Hidayah di Kedah seterusnya Diploma Bahasa Arab di KUSZA dan UPM (Ijazah Bahasa Arab).
Beliau adalah Pengerusi Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawwuf (IPTAF). Pembabitannya dalam dunia dakwah bermula pada tahun 2003. Beliau telah menubuhkan madrasah al-Hidayah Al-Ghazaliyah (Akademi Pendakwah) di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 2005 serta menjadi mudir di situ.
Beliau pernah berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pathani (Fiqah), Tuan Guru Haji Abdullah Yusuf (Kitab Iqna'/Hikam), Syeikh Ibrahim Pulau Manis (Hikam/Minhajul Abidin). Beliau juga sempat berguru selama beberapa bulan dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu aL-Banjari di Bogor, Indonesia dan Habib Umar aL-Hafiz di Hadramaut, Yaman.
Ustaz Mustafa Kamal bukan sahaja seorang pendakwah yang mesra dan sangat merendah diri, tetapi beliau juga pendakwah yang 'up-to-date' di alam maya. Beliau menggunakan laman web facebook untuk berkomunikasi dengan masyarakat serta menjawab persoalan agama yang diajukan.
Boleh mengikuti Facebook : https://www.facebook.com/MutiaraKataUstazMustaffaKamal/
0 Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.