Cara Jana Duit Sampingan
1. Jualan dalam talian
Jika tiada modal, anda boleh bermula sebagai ejen dropship. Gunakan kreativiti untuk menarik pelanggan seperti menghasilkan foto produk dan video promosi yang menarik. Dengan strategi yang betul, perniagaan dalam talian boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang menguntungkan!
Sekiranya anda mahir dalam sesuatu subjek, manfaatkan kepakaran itu dengan mengajar rakan sebaya atau pelajar sekolah rendah. Kelas boleh dijalankan secara fizikal atau dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet dan Zoom.
Selain membantu orang lain memahami pelajaran, anda juga boleh memperkukuhkan pemahaman sendiri.
Anda juga boleh mengasah kemahiran dan membina portfolio yang berguna untuk masa hadapan. Dengan dedikasi dan usaha berterusan, freelancing bukan sahaja membantu pelajar untuk menjana pendapatan malah ia turut memberi pengalaman kerja sebenar sebelum memasuki dunia kerjaya!
4. Jadi pencipta kandungan
Jika anda suka berkongsi cerita atau ilmu, cuba hasilkan video di YouTube, TikTok atau Instagram Reels. Anda boleh menghasilkan kandungan seperti tutorial belajar, gaya hidup seorang pelajar atau resipi ringkas.
Dengan kandungan yang menarik dan konsisten, anda boleh menjana pendapatan melalui iklan dan tajaan. Dengan kandungan yang menarik dan kreatif, anda pasti mampu meraih ramai penonton sekali gus boleh menjana pendapatan melalui iklan dan tajaan.
Sumber : RELEVAN