Cara Semak Keputusan SPM

 

Semakan dalam talian
  • Slip keputusan peperiksaan juga boleh disemak secara dalam talian melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://myresultspm.moe.gov.my. Akses ke laman ini akan dibuka bermula jam 10.00 pagi pada 24 April 2025 dan ditutup pada 6.00 petang, 30 April 2025.

  • Semakan SMS

  • Jika laman web rasmi mengalami kesesakan trafik dan sukar diakses, anda boleh memilih kaedah alternatif iaitu melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
    Caranya mudah sahaja, taipkan:

  • SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

  • Semakan melalui SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan. Untuk mendapatkan slip penuh, anda masih perlu hadir ke sekolah atau melayari laman semakan secara dalam talian apabila ia kembali stabil.

  • Mana-mana sekolah, PPD, JPN berdekatan

  • Bagi calon yang tidak mempunyai akses internet, tidak boleh menggunakan perkhidmatan SMS atau menghadirkan diri ke sekolah, mereka boleh ke mana-mana sekolah berhampiran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat untuk membuat semakan keputusan melalui laman web myresultspm.moe.gov.my


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url