Tun M Genap 100 Tahun
Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik yang lebih mesra dipanggil Che Det.
Dibesarkan dalam keluarga guru, Tun M mewarisi sifat disiplin tinggi dan semangat menuntut ilmu sejak kecil.
Beliau bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 bagi menggantikan Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn sebelum kembali memimpin negara pada 2018.
Pelantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh ketika itu menjadikan beliau sebagai pemimpin tertua di dunia yang memegang jawatan berkenaan.
Sepanjang tempoh menerajui negara, banyak sumbangan diberikan dengan salah satu legasi terbesar adalah Dasar Pandang Ke Timur selain Wawasan 2020.
Sepanjang era kepimpinan beliau, berlaku pembangunan mega dianggap ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan projek kereta nasional, Proton. Beliau juga yang membina Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.
Tun M. Bapa Pemodenan Malaysia.