Apa perlu buat bila kereta jatuh dalam air

 


Hari ini, kita dikejutkan dengan kes tragik di Sungai Korok, Jitra, apabila sebuah kereta terbabas ke dalam sungai dan enam orang dilaporkan lemas.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat mereka menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah🤲
Sebenarnya, ramai antara kita mungkin tak tahu bahawa hampir mustahil untuk buka pintu kereta sebaik saja kereta tenggelam ke dalam air.
Kenapa?
➡️ Bahagian depan kereta lebih berat kerana adanya enjin. Jadi, bila kereta jatuh ke dalam air, bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu.
➡️ Dalam keadaan panik, kita secara spontan akan cuba buka pintu. Tapi sebenarnya, pintu kereta takkan boleh dibuka selagi air belum penuh dalam kereta disebabkan tekanan air luar yang sangat kuat.
Air masuk = tekanan luar (pressure in)
Buka pintu = tekanan dalam (pressure out)
Selagi tekanan tak seimbang, memang sangat sukar untuk tolak pintu terbuka.
.
Apa kita boleh buat kalau kereta jatuh dalam air?
✅ Segera pindah ke tempat duduk belakang.
→ Bahagian belakang lambat tenggelam. Kita ada lebih masa dan ruang untuk bertindak.
✅ Pecahkan cermin pintu kereta.
→ Jangan tunggu kereta penuh air, sebab masa itu kereta mungkin dah tenggelam lebih dalam. Lagi susah untuk berenang ke permukaan.
✅ Keluar ikut tingkap secepat mungkin.
.
“Kalau saya tak cukup kuat nak pecahkan cermin, macam mana?”
Kalau tak ada alat pemecah cermin (glass breaker), kita boleh guna headrest kereta:
→ Cabut headrest.
→ Cangkuk besi hujung headrest pada celah cermin pintu.
→ Umpil perlahan-lahan hingga cermin pecah. InsyaAllah berkesan.
.
Kenapa cermin pintu, bukan cermin depan?
🚫 Cermin depan (windshield) direka supaya tak bersepai. Kalau pecah pun, ia masih melekat sekeping. Susah nak tembus.
✅ Cermin pintu pula bila pecah, terus hancur berderai. Lebih mudah untuk kita keluar.
.
Jika kita nampak kereta tenggelam dan mahu bantu orang di dalamnya:
→ Pecahkan cermin pintu dari luar. Kadang-kadang baling batu pun boleh pecahkan cermin. Lagi cepat penumpang dapat keluar.
.
Semoga info ini bermanfaat dan mampu menyelamatkan nyawa. Kita hanya mampu berikhtiar sedaya upaya, kerana akhirnya, ajal maut tetap ketentuan Allah.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url