Biodata Ustaz Badli Shah Alauddin

 


Beliau rakan satu batch saya semasa memasuki Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dari 1994-1997. Kami juga menjadi ahli Pengakap Kelana Siswa KUSZA dan pernah mengikuti Perkhemahan Jambori Pengakap Kelana Siswa IPTA di Sekayu, Terengganu.

BIODATA USTAZ BADLI SHAH

Nama: Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin
Nama Gelaran: Sahibus Saadah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin
Tahun Kelahiran: 31 Januari 1975
Tempat Kelahiran: Kampung Berkat, Maran, Pahang.
Jawatan Terkini: Timbalan Mufti Pahang.Negeri Pahang  
 
Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin  seorang penceramah agama dan pendakwah beliau juga dikenali ramai. Sering muncul di siaran televisyen, stesen radio utama di Malaysia dan Singapura. Terdapat juga ceramah beliau dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook dan YouTube.
 
Pendidikan
2012: Sarjana Sains (Falsafah & Tamadun Islam) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
1999: Ijazah Usuluddin (Tafsir al-Quran), Universiti al-Azhar, Tanta, Mesir.
1997: Diploma Dakwah, Universiti Sultan Zainal Abidin - sebelum ini dikenali sebagai Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan
Sekolah Menengah Agama Maran, Kuantan
Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan.
 
Perkhawinan
Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Hajjah Nor Amirah binti Dato' Haji Omar dan dikurniakan 6 cahaya mata.
 
Kerjaya/Perkhidmatan
16 Februari 2023 – kini (2023): Timbalan Mufti Negeri Pahang
1 Julai 2019 – 15 Februari 2023: Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
16 Julai 2014 – 1 Julai 2019: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang
27 Oktober 2008 – 16 Julai 2014: Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang
16 Mac 2008 – 27 Oktober 2008: Qadhi Daerah Temerloh
1 Oktober 2001 – 16 Mac 2008: Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang
2 Mei 2001 – 1 Oktober 2001: Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Pahang
1 November 2000 – 2 Mei 2001: Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.
 
Ahli Lembaga Pengarah/Aktiviti/Majlis
6 Julai 2018 – kini (2023): Ahli Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Pahang Berhad
16 Mei 2016 – kini (2023): Pengarang Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang
 
Anugerah
2017: Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Persekutuan)
2014: Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) Dato'
2008: Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.)
 
Anugerah Lain
2014: Anugerah Belia Negara Negeri Pahang
 


Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.