Layak mohon Peralihan lesen Kelas B

 




Alhamdulillah, semakan di aplikasi myJPJ, saya layak mohon ke Peralihan lesen Kelas B.

Tiga syarat utama ditetapkan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B.

Syarat pertama ialah warganegara Malaysia, kedua, memiliki lesen memandu kompetan (CDL) Kelas B2/B1 yang sah dan berkuat kuasa secara berterusan serta ketiga ialah bebas daripada senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.

Pemegang LMM Kelas B2/ B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti program khas tersebut bermula 1 Oktober 2024.

Kadar siling fi kepada institut memandu bagi program khas ini ialah RM160.  Pemohon boleh hadir ke mana-mana 180 institut memandu yang terpilih di seluruh Malaysia yang menawarkan program ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat di aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my); atau kaunter JPJ.

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.