Filem Takluk : Lahad Datu

 


Minggu ini berpeluang membawa keluarga untuk menonton Filem Perang Malaysia - Takluk : Lahad Datu di Pawagam Paragon Cinemas di KTCC Mall Kuala Terengganu.

Sinopsis Filem

Kumpulan bersenjata Gerakan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar (Eman Manan) bersama orang kanannya Raja Imran (Nasir Jani) telah menceroboh Batu Jugar dan Kampung Air. Pasukan VAT 69 diketuai oleh SAC Azizi (Adam Corrie) menggerakkan tim Alpha, Bravo, Charlie dan Delta (terdapat lima sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo semasa krisis) ke Batu Jugar untuk mengiringi Dato' Mizan (Riezman Khuzamie) Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman ke sana bagi sesi rundingan damai bersama SAC Kamal (Josiah Hogan) dari Cawangan Khas.

Sementara itu, DSP Zamri (Syafiq Kyle) Ketua Tim Alpha mempunyai isteri sarat mengandung bernama Sofia (Yuna Rahim) sedang menunggu kelahiran cahaya matanya manakala DSP Jailani "Jai" (Kamal Adli) mempunyai bapanya yang sakit dan DSP Maznan (Anding Indrawani) mempunyai isteri dan anak namun tidak menghalang pergi sahut seruan negara di saat keluarga memerlukan mereka. Dalam pada itu Inspektor Saiful Zaini (Fikry Ibrahim) Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar mempunyai seorang Ibu bernama Zainab (Azizah Mahzan), seorang pesara guru yang pergi ke rumah ibu saudaranya di Kampung Air dalam saat-saat bahaya.

Kisah Sebenar

Filem ini diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013. Waktu itu, pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Pada akhir Ops Daulat, seramai 56 pengganas dilaporkan terbunuh bersama enam orang awam. Pertempuran juga mengakibatkan 12 orang wira negara gugur di medan perang setelah bergadai nyawa demi melindungi kedaulatan tanah air.



Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.