Semakan Semula Keputusan SPM
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan risiko markah anda lebih rendah dari sebelumnya atau tiada perubahan.
Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan (24 April 2025 hingga 23 Mei 2025).
Cara memohon semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2024
- Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian di https://elp.moe.gov.my/auth/login atau melalui aplikasi eLembaga Peperiksaan (e-LP).
- Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan maklumat yang betul dan tepat.
- Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.
- Pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
- Pilih menu Semak Status untuk menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat atau menyemak keputusan sama ada kekal atau berubah.
- Sekiranya pemohon memperoleh keputusan KEKAL, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai. Ini bermakna, slip yang diterima sebelum anda membuat permohonan semakan semula akan diguna pakai dalam apa jua urusan.
- Sekiranya pemohon memperoleh keputusan BERUBAH, calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu. Bagi calon persendirian, anda perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
Kes ‘T’ merujuk kepada ketidakhadiran calon semasa peperiksaan.
Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dibuat sepenuhnya secara dalam talian di https://elp.moe.gov.my/ atau aplikasi e-LP.
- Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat.
- Permohonan penyemakan keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran namun akan mendapat pulangan bayaran jika keputusan berubah.
- Pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
- Pilih menu Semak Status untuk menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat atau menyemak keputusan permohonan.
Anda juga boleh mengemukakan e-mel kepada khidmatbantu.lp@moe.gov.my atau hubungi meja bantuan Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3785 / 3787 / 3439 / 3365 / 3261 / 3443.