Carian

Jangan jawab panggilan video nombor tak dikenali

 


Orang ramai diingatkan supaya tidak menjawab panggilan video daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Menurut perkongsian Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan (ASP) Bersara Rahmat Fitri Abdullah di TikTok, panggilan video tersebut merupakan taktik baru yang digunakan scammer untuk memeras ugut mangsa bagi mendapatkan wang.

“Jika anda menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali, jangan respon kepada panggilan tersebut kerana apabila anda menjawab panggilan itu, apa yang anda akan lihat ialah gambar ataupun video yang tidak senonoh daripada pihak sebelah sana (pemanggil).

“Apabila melihat adegan di sebelah sana, pihak sana akan ‘screenshot’ anda yang sedang menonton video itu,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan kemudian akan menggunakan gambar ataupun rakaman yang memaparkan wajah penerima panggilan itu untuk mendapatkan wang dan mengugut akan menyebarkan rakaman tersebut kepada ahli keluarga sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.

Sumber : Kosmo!

Catat Ulasan

0 Ulasan