"Kalau betul Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama-sama makan semeja.
"Jujur, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior saya semasa di UPNM dahulu," kata Leftenan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi.
Penulis surat layang dan saksi pendakwaan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram berikutan polemik di media sosial berhubung kes itu sejak akhir-akhir ini.
Muhammad Aiman Aufa dalam hantaran itu mengajak alumni UPNM dan pengurusan sebarkan kebenaran, kebaikan dan segala yang positif mengenai universiti, selain tidak berdiam diri daripada buli siber.
"Jika bukan kita (alumni UPNM) yang beritahu perkara dan keadaan sebenar, siapa lagi. Usah berdiam diri daripada buli siber. Say no to bully (katakan tidak pada buli).
"Alternatif, sebagai tanda solidariti marilah kita berkongsi gambar semasa di UPNM. Sambil mengimbau kembali kenangan dan memori," katanya.
Dia yang mesra dipanggil Aiman Aufa mengakui UPNM sangat dekat di hatinya, bukan sahaja tempat menimba ilmu pengajian, malah mengajar banyak ilmu kehidupan.
"UPNM juga tempat kenal rakan, sahabat dan kenalan. Tempat membina sahsiah perkasa jati diri," katanya yang turut merakamkan penghargaan buat barisan jurulatih dan pensyarah UPNM yang mendidik anak bangsa.
Bagi Aiman Aufa, UPNM memainkan peranan yang penting membentuk dirinya menjadi seorang pegawai yang kompeten dalam perkhidmatan.
"UPNM tempat saya belajar memberanikan diri keluar dari zon selesa, mencuba pelbagai perkara baru dan macam-macam lagi. Terima kasih," katanya.
Sumber : Harian Metro
{ 0 Comment... read them below or add one }
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.