Hujan Meteor Perseid




Para peminat sains astronomi tempatan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena angkasa unik dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid pada malam 12 Ogos 2024.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) yang dihubungi, kejadian dijangka berterusan sehingga subuh 13 Ogos dengan purata 100 meteor per jam melintasi langit negara ini.

“Kenampakan hujan meteor ini di Malaysia malah diramalkan adalah baik kerana bulan akan terbenam tengah malam semasa waktu kemuncak fenomena ini berlaku,” katanya.

Agensi berkenaan turut memaklumkan bahawa titik kemunculan pancuran meteor itu di langit kelazimannya dari arah buruj Perseus namun ia masih boleh berlaku pelbagai arah.

Lokasi buruj itu, ujarnya terletak di kawasan langit sebelah Utara bumi sebelum hujan ini berpecah kepada banyak arah lain dengan fenomena tersebut biasa terjadi setiap tahun.

Hujan itu muncul secara rutin apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan planet ini perlu merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle yang nukleusnya berdiameter 26 kilometer.

 

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.