recipe
resepi
resepi sup daging
resipi
sup daging
sup power
sup sedap
Resepi Sup Daging Power
Bahab-bahan Resepi Sup Daging :
1 kilogram daging / tulang lembu
2 liter air
2 1/2 sudu makan serbuk sup Adabi
1 sup bunjut Adabi
1 paket perencah sup siam Adabi
1 inci halia muda
1 inci lengkuas
Rempah 3 sekawan
3 sudu makan minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2-3 batang akar daun sup/ketumbar
Garam/gula/serbuk perasa
1 cawan air
Bahan Untuk Hidangan :
Lobak jeruk
Daun sup/ketumbar
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Cili
Bahan untuk hidangan ini terpulang pada citarasa anda ya jika nak letak atau tidak.
Cara Buat Resepi Sup Daging :
.
#1: Panaskan minyak,goreng kekuningan bawang merah yang dihiris atau dimayang halus dulu. Baru masukkan rempah 3 sekawan iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis dan juga buah pelaga bersama bawang putih yang siap diketuk.
.
#2: Tambah serbuk sup daging dan tumis sampai pecah minyak sikit menggunakan api perlahan baru tambahkan halia yang diketuk,lengkuas diketuk,air secawan,akar batang ketumbar/sup,sup bunjut Adabi dan juga perencah sup siam Adabi.
.
Dah masak wangi sebati perencah sup daging baru perasakan dengan garam gula dan juga serbuk perasa untuk kali pertama.
Memang berbaloi buat resepi sup daging guna cara macam ni.Siap ada tips untuk hasilkan sup daging yang kena pada tekak.Kalau anda suka sup daging yang sedikit pedas,tambah je hirisan cili atau makan bersama sambal belacan.berbaloi-baloi.
#3: Angkat perencah dan masukkan ke dalam periuk yang mengadungi daging tulang leher.Tambah air 2.5 liter.Masak dengan pressure cooker 3545 minit atau reneh sup anda selama 1 jam-1 jam 30 minit jika menggunakan periuk biasa.
Dah siap mereneh baru sesuaikan rasa tambah apa perlu buat kali kedua.Siap untuk dihidangkan dah sup daging anda.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.