Aplikasi Cari Jodoh - Jodoh Darul Iman

 


Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ bakal menjadi penyelesaian inovatif untuk membantu rakyat Terengganu mencari pasangan hidup yang patuh syariah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Zuraida Md Noor berkata, aplikasi itu dibangun bertujuan memastikan proses pencarian jodoh berjalan dalam kerangka selari ajaran Islam.

Tiada konsep ‘dating’ bebas dalam aplikasi ini. Sebaliknya, pertemuan antara dua pihak akan diatur bersama kaunselor yang bertanggungjawab memastikan proses ini berjalan dengan patuh syariah.

Aplikasi yang dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu itu pernah dilancarkan sebelum ini, namun dihentikan sementara kerana masalah teknikal.

Beliau berkata, aplikasi jodoh itu juga dirancang untuk membantu mengurangkan kesilapan masyarakat dalam memilih pasangan. Hari ini ramai orang yang leka dengan percintaan dan sebagainya. Tapi dengan adanya aplikasi jodoh ini, saya yakin kita boleh mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan dengan kita memilih pasangan yang menepati patuh syariah.

Kata beliau, walaupun tumpuan utama aplikasi itu adalah untuk rakyat Terengganu, pengguna dari luar negeri juga dialu-alukan untuk mencari pasangan di negeri ini.

Awal ni kita fokus untuk Terengganu sebenarnya, tapi aplikasi ini terbuka juga untuk orang luar daripada Terengganu untuk cari jodoh di sini.

Zuraida yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata, aplikasi Jodoh Darul Iman itu dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi, tapi tak ada tarikh pasti untuk pelancaran, masih lagi dalam 97 peratus, tiga peratus lagi kita nak buat pengubahsuaian dan sebagainya,” katanya. 

Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi https://jodohdaruliman.com/

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.