biodata
pensyarah
ustaz
ustaz Nidzam
Biodata Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir kelahiran Alor Mengkudu, Derga, Alor Setar, Kedah pada 13 April 1976.
Beliau mula belajar di Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu (1983-1988), Maktab Mahmud ( 1989-1994) dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu (1995-1998) dan lulus Diploma Pengajian Islam Syariah. Beliau juga belajar di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan (1998) sebelum ke Universiti Al Azhar (1998-2001) dan lulus Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Beliau memperolehi Sarjana Bahasa Arab dari UIAM, 2004 dan PhD dari Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam, UM, (2011-2014). Kajian beliau mengenai interaksi Muslim dan Bukan Muslim dalam kerangka Maqasid Syariah.
Mohammad Nizam telah memulakan kerjaya sebagai guru agama sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok , Kedah (2001) sebelum menjadi guru dan pensyarah Bahasa Arab di UIAM hingga 2015. Beliau kemudian menjadi Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama dan Shariah, Puncak Niaga (2015-2016) dan seterusnya sebagai pendakwah bebas di masjid, di radio dan TV dan seterusnya menjadi pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, UPM, 2017.
Beliau telah menulis 32 buah buku agama. Sementara tumpuan kajian beliau kini dalam Fiqh Ta’ayush berkisar tentang hubungan etnik dalam masyarakat.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.