Resepi Nasi Ayam Sedap

on Isnin, November 04, 2024

 


Resepi Nasi Ayam Sedap

* anggaran untuk 8 org makan


➡️ Ayam seekor dibelah 4
➡️ 1cm halia
➡️ 3ulas bawang putih
➡️ Seketul kiub ayam
➡ Rebus ayam dlm air panas mendidih 7 hingga 8 minit.. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam.. Air rebusan ayam jgn buang nnt kita nak gunakan untuk nasi dan sup..
➡ Angkat ayam kemudian sapukan :
Setengah cawan sos tiram
Suku cawan kicap lemak manis
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu mkn madu
Bila da sapu semua, toskan ayam dlm tapis selama 1/2 jam bg ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletop dan kulit ayam cantik berkilat..
📌 Air perapan tadi jgn buang.. Nnt nak guna untuk kicap ayam..

Bahan2 Nasi :
➡️ Beras 3pot
➡️ 1biji bwg besar
➡️ 3ulas bwg putih
➡️ 1inci halia
Semua bahan dimayang halus
➡️ 1 ketul Kiub ayam
➡️ 1 sudu kecil garam
➡️ Cairkan 2 sudu butter (sy guna buttercup) Tumis bahan hirisan dgn daun pandan.. Time ni aromanya naik sampai jiran sebelah sekali boleh bau ðŸ˜†
➡️ Masukkan kiub ayam.. Sedikit serbuk kunyit untuk bg warna kuning2 sikit (sy tak masukkan sbb suka warna asli)
➡️ Masukkan beras kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi..
📌 Sukatan air mcm masak nasi biasa ukur pakai jari cuma sy lebihkan sedikit air..

Kuah Cili :
➡️ 10 tangkai cili merah (sy guna cili merah besar)
➡️ 5 tangkai cili kering
➡️ Sebiji tomato
➡️ 2 ulas bawang putih
➡️ Sedikit halia (sy tambah)
➡️ 1 sudu kecil cuka
➡️ 1 sudu kecil garam
➡️ 1 sudu kecil gula
➡️ 1/2 cawan air

📌 Blend cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula dan garam.. Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.

Kicap ayam :
➡️ Gunakan air perapan ayam tadi..
Nak pekat tambahkan sedikit tepung jagung..

Sup kosong :
➡️ Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup.. Siap!


Kredit Resepi : ‎Zue Zulin

Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

 
© ADHA ZAIN | Hakcipta Terpelihara 2009 - 2025
D.I.Y Themes ByBelajar SEO