Aplikasi Maybank MAE benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak

 



Sebelum ini, ramai pengguna mengeluh apabila Maybank hanya membenarkan satu daftar masuk Maybank2u di aplikasi Maybank MAE. Pengguna yang memiliki akaun individu dan akaun perniagaan Maybank, terpaksa menggunakan peranti berbeza untuk mengakses lebih dari 1 akaun Maybank. Apatah lagi sejak Maybank menguatkuasakan peraturan satu akses ke satu peranti.

Kini, Maybank mengumumkan bahawa pengguna boleh mendaftar masuk sehingga 5 akaun Maybank2u di dalam satu peranti. Ini memudahkan pengguna yang memiliki pelbagai akaun perniagaan tunggal Maybank2u kerana tidak perlu lagi menggunakan peranti berbeza untuk urusan perbankan atas talian.

Dengan akses pelbagai akaun ini, pengguna Maybank2u boleh menggunakan ciri keselamatan penting dalam satu peranti seperti pengesahan Secure2u dan juga membekukan akaun dengan ‘Kill Switch’. Untuk menggunakan ciri berbilang akaun ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Maybank MAE versi 0.9.25 dan ke atas, menerusi gedung aplikasi Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGallery.



Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.