Agrobank melancarkan Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2025.
Ia adalah kesinambungan bagi kejayaan kempen terdahulu yang menerima penyertaan hebat daripada pelanggan Agrobank.
Sebagai institusi kewangan yang komited terhadap pertumbuhan sektor pertanian dan kesejahteraan komuniti, inisiatif yang diperkenalkan Agrobank ini bukan sekadar bagi menawarkan ganjaran menarik tetapi juga untuk menggalakkan perancangan kewangan yang bijak dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kejayaan kempen terdahulu menjadi inspirasi Agrobank dalam meneruskan usaha ini.
"Kempen Mega Million 1.0 berjaya mencatatkan lebih 54,000 akaun deposit dengan nilai lebih RM290 juta.
"Kejayaan ini mendorong kami untuk melanjutkan kempen ini sebagai platform bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perancangan kewangan strategik," katanya.
Tambahnya lagi, produk-produk Agrobank direka untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan dari pelbagai latar belakang, sekali gus memupuk kestabilan kewangan masa hadapan.
Kenderaan 4x4 antara hadiah utama
Kempen Mega Million 2.0 menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Mitsubishi Xpander, Proton S70, Perodua Myvi serta hadiah utama berupa Ford Ranger Raptor.
Selain itu, kempen ini turut menawarkan hadiah wang tunai dan kepingan emas menerusi beberapa kategori cabutan di setiap cawangan Agrobank seluruh negara.
Bagi kategori Cabutan Utama, Cabutan Bulanan dan Cabutan Pusingan Wilayah, pelanggan hanya perlu mendeposit sebanyak minimum RM500 (individu) dan RM5,000 (bukan individu) ke dalam akaun Agro PrimaS atau mengekalkan baki purata bulanan minimum sebanyak RM5,000 (bukan individu) ke dalam akaun AgroPerdana-i Plus.
Mata Penyertaan tambahan juga akan diberikan secara automatik bagi gabungan produk Deposit dengan Produk Pembiayaan seperti AgroCash-i, Hartani-i, Ar Rahnu, langganan Penulisan Wasiat atau Takaful (Takaful Kasih Plus, Agro Nurani, Agro Motor Takaful dan Agro Madani).
Penyertaan secara automatik bagi pelanggan Agrobank sedia ada ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk menyertai cabutan dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.
Buat anda yang ingin merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik ini, kunjungi cawangan Agrobank terdekat atau layari laman web rasmi Agrobank hari ini.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.