Stesen ECRL Kuala Terengganu
Jalan masuk terdekat adalah melalui Jalan SMK Wakaf Tapai, Marang. Juga boleh masuk melalui Jalan Binjai Rendah - Lubuk Batu - Wakaf Tapai.
Apabila siap kelak, Jalan masuk utama akan dibina di Simpang Lampu Isyarat Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang dekat Perumahan Cerang Guling.
Sekeliling stesen ini masih belum ada penempatan dan jauh dari jalan utama.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.
Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak.
ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya.
Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.